 |
| Logo The Clown Team |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Blog ini ditulis bertujuan untuk kita sama2 berkongsi pendapat,info,dan apa2 jua perkara yang berkaitan sukan ekstrem.Selain itu blog ini juga menceritakan sedikit sebanyak aktiviti dan perjalanan The Clown Team.Inilah sedikit perihal tentang kami.
ASAL USUL KUMPULAN
THE CLOWN TEAM(TCT) merupakan sebuah kumpulan kecil dari daerah Batu Pahat Johor Darul Takzim.TCT ditubuhkan pada 12hb ogos 2013.Pada awalnya team kami hanya terdiri dari 3 orang sahaja iaitu Kecix(skateboarder)Alif(junior skateboarder)Afiq(bmx).Pada awalnya ia hanya untuk suka2,tapi keinginan serta semangat ingin maju dan tidak ingin lagi scene skateboarding ini hilang ditempat kami,jadi kami sedaya upaya berubah menjadi satu team yg akan memajukan scene skateboarding ditempat kami.Tahun 2013/14 adalah tahun yg seronok bagi kami kerana kami terlibat dengan berbagai aktiviti,comp dan tour.Namun mimpi ngeri kami datang satu persatu pada akhir tahun 2014,Alif tinggalkan kami.Selepas itu Afiq pula terpaksa berehat panjang atas sebab yang tidak dapat dielakkan.Yang tinggal hanya Kecix.Pada fikiran beliau bubar atau pantang kalah.Dan akhirnya....kami memiliki 8 orang krew(2015).......
 |
| Dari kiri Asif,Awie,Kecix,Afiq(masih berehat) dan Hadif.Tiada dalam gambar Cik Sally,Zaki,Hakim dan Along |
ASAL USUL SCENE SKATEBOARDING DI BATU PAHAT
Scene skateboarding di batu pahat bermula sekitar tahun 1994/1995.Pihak kami telah banyak melakukan kajian melalui sumber lisan dan bukti fotografi.Namun tidaklah banyak yang dapat dikongsi kerana kami tidak dapat berjumpa dengan mereka semua yang bermain skate pada masa itu,dan juga tahun tersebut tidaklah semoden hari ini.Melalui sumber yang boleh dipercayai(beberapa senior yang masih aktif) scene ini bermula dari kelompok yang menuntut ilmu di bandar2 besar.Dari 2/3 orang ianya telah merebak hinggalah ke hari ini.Dari tiada skatepark,sampai sudah dapat skatepark.Tahun 1994/1995 para senior2 kami bermula skate kan diri berhampiran kedai 24 jam di Jalan Rugayah,BP.Scene ini merebak terlalu cepat.Tahun 1997/1998 terdapat dua buah skateshop iaitu Attack Skateshop dan Control Skateshop(pada hari ini dua2 dah tiada).Skate comp terbesar di bandar ini adalah di rooftop Terminal Bas Batu Pahat(1997dan1998).Setelah diusir keluar(atas masalah teknikal)mereka berpindah di Sekolah Menengah Dato Onn.Juga tidak lama disana.Tempat terakhir adalah di Taman Rekreasi Pesta sebelum berpindah ke skatepark baru yang khas untuk para penggemar sukan ekstrem iaitu Skatepark Batu Pahat(sebelah stadium).Disini kami ingin mengucapkan setinggi2 terima kasih kepada para senior yang telah membawa sukan ini di bandar kami.Antara nama2 yg segar dalam ingatan kami seperti Safar,Wan Bintang,Salleh Tulang,Salleh Pendek,Epul,Asum,Amat pelican,Naz New Deal,Rahman Panjang,Ijat Nin,Rin Pelican,Abg Ali(Tongkang Pechah),Abg Fuad,Hairee,Min Pomen,Abg dan Adik(kembar),Su Santos,Lily,Ellis,Amier(adik Epul)Acheh,Pit dan ramai lagi yg kami terlupa nama tetapi wajah mereka masih segar dalam ingatan kami(sory guys).Timbul dan tenggelam dan timbul lagi,inilah yang ada sekarang.Kami ada skatepark,kami ada kawan2 sukan sealiran dan kami ada semangat untuk bersukan ekstrem ini. ARIGATO MINNA(terima kasih sekalian) para pendahului kami........
 |
Abg Fuad di rooftop Terminal Bas Batu Pahat tahun 1998
Skate competition. |
 |
| Rooftop terminal Bas Batu Pahat 1998 |
 |
| Ijat Nin F/s boardslide handrail semasa comp 1998 di rooftop Terminal Bas Batu Pahat |
 |
Pit F/s 5050 di rooftop Terminal Bas Batu Pahat 1998
Kalau tak silap yag kiri sekali ialah Pak Din |
 |
| DIY skatepark di S.M.K Dato Onn 1999 |
 |
| D.I.Y skatepark di S.M.K dato Onn 1999 |
Sumber daripada apa yang diceritakan oleh Ellis(bermula skate1996 sehingga kini) , Epul(bermula skate1995 sehingga kini) dan Kecix(bermula skate1996 sehingga kini).Jika ada berbeza pendapat antara kita,inilah dikatakan sumber lisan.Harap maklum.(Sumber gambar dari Ellis)
OBJEKTIF DAN MISI
Untuk pengetahuan pembaca blog kami,The Clown Team adalah kumpulan BUKAN ditaja dan BUKAN kumpulan profesional.Hanya sekadar sebuah kumpulan yang kecil yang meminati sukan ekstrem. Walaupun sesekali berbeza pendapat,namun dapat diuruskan dengan baik oleh kapten kami.Bagi kami biar kumpulan kecil tetapi mempunyai objektif dan misi yang sama.Ojektif dan misi tiada lain,melainkan ride,ride dan ride selagi mampu.
LOGO
Definasi logo adalah seperti berikut:
1.spoket: pada asalnya kami ada rider bmx,beliau juga merupakan orang penting dalam kumpulan.
2.skateboard bersilang X: Skateboard sukan kami dan X untuk sukan ekstrem.
3.tengkorak: adalah minat kami kepada lanun,yang beerti bebas untuk skate dimana2.bila dikejar kami lari.
4.hidung merah: sudah tentu melambang seorang badut dan pelawak,asal usul nama kumpulan.
5.janggut: sebagai karikatur pengasas kumpulan kami.
6.No13: tahun ditubuhkan
7.warna hitam: melambangkan kegelapan dan keperitan,permulaan kami ditubuhkan.
8.warna putih; melambangkan keterangan dan cahaya,kami ingin mencari sedikit kegembiraan dan harapan.
(logo dan definasi tiada kaitan dengan mana2 pihak .Ini hanyalah rekaan dan cadangan kami sendiri)
KREW THE CLOWN TEAM 2015
 |
| AWIE(kapten) |
 |
| Kecix(Penolong Kapten) |
 |
Afiq(designer dan editor)
(masih berehat) |
 |
Alif(depan sekali)bekas ahli TCT
Hakim(2015 junior)
Asif(2015junior). |
 |
Hadif(2015 junior)
|
Tahun 2013
Pada Ogos tahun 2013 team kami telah ditubuhkan.Sememangnya sesuatu yang baru mempunyai semangat yang tinggi,begitu juga kami.Cakap saja kemana,semua setuju.Aktiviti pertama kami adalah siri Jelajah Pantai Timur 2013 pada 22hb Nov 2013.Penjelajahan ini hasil gabungan bersama Batu Pahat Extreme United.Seramai 9 orang termasuk krew kami seramai 3 orang.Destinasi ke Skatepark Dungun dan Skatepark Politeknik Dungun merupakan motif utama selain merehatkan diri Tasik Puteri,Dungun Terngganu.Kami semua bermalam di sebuah homestay sekitar Dungun.Walaupun kami menghadapi masalah kerosakkan van pada hari pertama sampai,Alhamdulillah semua yang dirancang berhasil atas bantuan skater2 Dungun yang betul2 memahami masalah kami....Thanx Wan Dungun,Fai(fairuz),Ah Phang dan yang lain.Kami memang terhutang budi.....
 |
| Bergambar kenangan bersama skater2 Dungun. |
 |
| Dari kiri Fai Dungun,Fikhri(bpxu)Tod(bpxu)Wan(bpxu)Afiq(tct)Izir(Bpxu). |
 |
| Adik Aliff di Skatepark Politeknik Dungun. |
 |
| Taman Rekreasi Tasik Puteri. |
 |
| Skatepark Politeknik Dungun. |
 |
| Tasik Puteri merupakan tempat kami mandi pagi pada hari kedua sebelum bertolak balik ke Batu Pahat. |
 |
| Tod,Awie dan Fikhri di sebuah stesen minyak sebelum memasuki daerah Chukai,Terengganu. |
 |
Masing2 tengah sibuk sebab van rosak pada hari pertama.
Walaupun ini kali pertama kami mengadakan siri penjelajahan dan kali pertama diduga dengan masalah(van rosak),namun begitu semangat kami tidak luntur untuk tahun 2014.Penjelajahan kali ini adalah penutup siri 2013. |
Tahun 2014
Pada tahun 2014 boleh dikatakan tahun paling sibuk dengan aktiviti2 seperti pertandingan dan siri penjelajahan.Dengan hanya 3 orang krew pada tahun ini,namun kami besyukur kepada Allah kerana semua yg dirancang berjalan dengar lancar.Antara aktiviti2 kami sepanjang tahun2014:
1.Skateboard Competition di Pusat Kegiatan Rakan Muda Muar,Johor
2.Skate Demo sempena Kembara Mahkota Johor di Muar,Johor.
3.Best Trick Skate Competition di Kluang,Johor.
4.Bmx Street Jam di Bukit Layang Layang sempena Festival Merdeka
5.Bmx and Skate Competition di Y Centre UTC Melaka.
Selain itu kami juga ada menganjurkan beberapa mini comp di Skatepark Batu Pahat dan siri penjelajahan untuk tahun 2014 bersama rakan2 dari Kelab Ekstrem Batu Pahat...
Gambar2 sepanjang tahun 2014:
 |
| Muar skate comp. |
 |
| Kluang skate comp. |
 |
| Skate demo sempena Kembara Mahkota Johor |
 |
| Skate demo sempena Kembara Mahkota Johor. |
 |
| Di Y Centre UTC Melaka. |
 |
| Afiq tempat ketiga di Y Centre UTC Melaka. |
 |
| Afiq tempat pertama di Bukit Layang Layang. |
 |
Batu Pahat Best Trick Competition
Pertandingan,jualan amal serta kutipan derma untuk Palestin.Skate comp ini ditaja oleh N79 Skateshop dan Thistroy Skateshop.Kami juga sebagi penaja dan penganjur acara ini.Kutipan derma untuk Palestin juga telah disempurnakan oleh wakil Aman Palestin cawangan Skudai Johor. |
 |
| Bos Thistroy Skateshop,En Fariz menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori junior. |
 |
| Bos N79 Skateshop,En Ajib menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori open |
 |
| Bergambar kenangan |
 |
| Peserta2 diberi sedikit taklimat sebelum memulakan pertandingan. |
 |
| Afiq dan Arab sebagai pengacara majlis. |
 |
| Bacaan doa oleh saudara Awie sebagai pembukaan acara Batu Pahat Skateboard Competition. |
 |
| Anti zionis |
 |
| Sesi penerangan oleh wakil Aman Palestin dari Skudai,Johor |
 |
| Bergambar bersama wakil Aman Palestin dari Skudai Johor. |
 |
| Mini comp BP |
 |
| Bersama rakan2 Batu Pahat di acara mini comp. |
 |
| Skatepark Kuantan Pahang |
 |
| Teluk Chempedak,Kuantan Pahang. |
 |
| Walaupun di flyers ni ada tertulis Mount Kiara,namun kami terpaksa membatalkanya kerana masalah teknikal. |
 |
| Bergambar bersama skater2 Temerloh di skatepark Temerloh,Pahang. |
Setinggi2 terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan acara Batu Pahat Best Trick Competition.Terutama kepada Thistroy Skateshop dan N79 Skateshop,Aman Palestin kerana sudi datang ke acara kami untuk menyempurnakan dan penyerahan kutipan derma dan semua rakan yg banyak membantu.Kuantan dan Temerloh sebagai destinasi penjelajahan 2014.Kemana pula kami untuk tahun 2015...........
Tahun 2015
Tiada aktiviti sehingga bulan Mei 2015 kerana krew kami hanya tinggal seorang.Namun begitu setelah mendapat kepercayaan beberapa rakan untuk menyertai The Clown Team,kami meneruskan dengan beberapa aktiviti seperti berbuka puasa dan sambutan Hari Raya Puasa.
 |
| Majlis berbuka puasa bersama rakan2 Batu Pahat dan Yong Peng |
 |
| Majlis sambutan Hari Raya Puasa bersama rakan2 Batu Pahat dan Yong Peng. |
 |
Bergambar kenangan sambutan Hari Raya Puasa.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan