AKTIVITI DAN PERISTIWA 2015
'Never give up' itulah kata2 yang kami pegang dari team ini ditubuhkan sehinggalah kini,walhal banyak perkara dan peristiwa suka dan duka dalam sedar atau tidak berlaku sepanjang tahun.Namun kami tidak nafikan bahawa kadang2 hampir menemui jalan buntu setiap kali menghadapi masalah dalam team.Perbincangan dan bertukar2 pendapat antara kami dan rakan lain itulah yang selalu membuahkan hasil penyelesaian.Tapi tak kurang juga dengan kegembiraan kami sepanjang tahun,di mana dapat berkumpul bersama2 dan ada sedikit pencapaian yang agak baik dari krew kami sepanjang tahun 2015.
Kalau ditanya apa perkara yang paling menggembirakan kami(tentang perjalanan team ) untuk tahun 2015,kami akan bercerita pasal empat bulan terakhir 2015.Bulan sept,jalan2 ke empat skatepark berhampiran(Kluang Skatepark,D.I.Y Skatepark Parit Raja,Mini Ramp Hutan Bandar dan Skatepark Kilang Bateri),bulan Okt comp Hari Sukan Negara di tempat sendiri(10 Okt),bulan Nov perbincangan team untuk penutup dan pembukaan tahun,dan bulan Dis jalan2 ke Kulai (skate street di tesco ) dan 26hb ke Sentosa Skatepark sempena acara Pelangi Skateboard Competition.Pencapaian Hadif Zainal sepanjang tahun ini juga boleh dikatakan agak baik(mengikut keputusan event),di mana menjuarai beberapa acara kategori bawah 18.Namun bagi kami,pencapaian (dalam pertandingan) bukanlah segalanya tetapi sejauh mana beliau ataupun kami semua membangunkan scene,menjaga persahabatan,hormat menghormati dan tanggungjawab antara satu sama lain itu yang perlu diambil kira dan perkara ini juga selalu mendatangkan masalah setiap generasi.
Kejayaan dan kegembiraan tahun 2015 bukan penutup atau boleh mendabik dada,tetapi kami akan jadikan sandaran untuk tahun akan datang.Empat bulan terakhir ini juga banyak masalah yang kami hadapi.Antaranya keluar masuk krew,kekurangan kewangan dan masalah krew kami (kecik,afiq dan awie) dengan sebuah kelab di sini.Emmm takpelah perkara dah berlalu,yang perlu kami lakukan adalah lakukan yg terbaik di masa hadapan dan tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Sedikit catatan sepanjang tahun 2015:
Januari: a.Awie(kapten) menimang cahaya mata kedua nya iaitu puteri Aqilah
pada 12 rabiul awwal bersamaan 3 januari
b.Aliff meninggakan team
Feb: mini skate comp dan bbq
Mac hingga Jun :tiada aktivit team
Julai: a.Majlis berbuka puasa bersama kawan2 sukan ekstrem(skate,bmx,bmx flatland)
b.Hadif Zainal ,Asif Zikri dan Hakim menjadi krew kami
Ogos: Hadif juara di pertandingan Merdeka Go Skateboarding Day(Best Run Under 18)
Sept: Mini tour (Jalan2 Cari skatepark) ke Kluang ,Parit Raja,Kilang Bateri dan Hutan Bandar
Okt: Menghadiri pertandingan skateboard sempena Hari Sukan Negara di Skatepark Batu Pahat
November: a.10 Nov mendapat berita kemalangan sahabat kami ,Eddy Afiq.
b.Asif dan Hakim meninggalkan team
Disember: a.Hadif Zainal juara kategori Novice di Kejohanan Sukan Ekstrem Kebangsaan di PCP
b.Hadif tempat ketiga skateboard Best Trick di Dataran UTM Johor Baharu
c.Mini Tour ke Kulai (jalan2 dan lepak Kulai)
d.Kami ke Sentosa Skatepark sempena pertandingan Pelangi Skateboard Competition Vol 2
Hadif juara kategori Best Run Under 18.....
Dengan berakhirnya catatan ini dan jam admin menunjukkan jam 1.00a.m(1Jan 2016)maka sudah bermulalah tahun baru 2016...............