Rabu, 30 September 2015

JALAN2 CARI SKATEPARK 2015


Video(short video) semasa kami berjalan mencari beberapa skatepark sekitar johor pada 19 dan 20 hb Sept yang lalu.

Sabtu, 26 September 2015

JALAN2 CARI SKATEPARK 2015


Pada 19hb Sept yang lalu team kami seramai 7 orang dengan menaiki sebuah Mpv bergerak menuju ke Kluang sebagai destinasi pertama.Jam 6.30 petang kami telah sampai setelah memulakan perjalanan sekitar jam 3.30 petang.Di bawah kami catatkan sedikit pengalaman kami sepanjang perjalanan mencari beberapa skatepark sekitar Johor.

Hari pertama(19hb SEPT):Skatepark Kluang (terletak di Dataran Tasik Kluang)
Keadaan skatepark; kurang memuaskan kerana keadaan lantai yang tidak rata,obstacles comel.
                                (semasa catatan ini dicatat)
Suasana Skatepark:meriah ,ramai awek2,kanak2 dan orang awam.
Kawasan berhampiran:sebelah tasik dan di dalam kawasan dataran.
p/s:kami juga ada skate di kawasan dataran namun diusir keluar oleh penguatkuasa.











Hari kedua 20hb Sept (1a.m) :DIY Skatepark Parit Raja,Johor
Keadaan skatepark:semua obstacles dibina dan diusahakan oleh team Skatepaso.
Kawasan skatepark:di dalam bangunan pasar Parit Raja.
p/s:di sini korang boleh skate waktu petang hingga malam kerana pada waktu pagi hingga pukul 5 pasar beroperasi seperti biasa.Team Skatepaso dianggotai oleh skater2 lama dan baru.Antaranya Epul,Cha,Irfan dan beberapa orang lagi.



 Hari kedua 20hb Sept(8a.m) tersangkut di Bandar Baru Ayer Hitam kerana kabus tebal.

Sekitar jam 9 meneruskan perjalanan sebelum berehat sekali lagi di R&R.Dalam longkang highway pun jadi.
Sampai di Mini Ramp Hutan Bandar pada jam 2 petang selepas rehat dan makan di Plaza Angsana.

Dan akhir sekali kami ke Skatepark Kilang Bateri.Sebuah skatepark indoor yg selesa untuk para pengunjung.Di kilang Bateri ini juga terdapat sebuah skateshop ,kedai makan dan kedai2 jenama tempatan.







Selesai disini kami pulang kembali ke Batu Pahat dan sampai ke rumah masing2 sekitar jam 11malam.
Setinggi2 terima kasih kepada mereka yang terlibat dengan perjalanan kami dalam tempoh dua hari ini.Terutama sekali kepada team Skatepaso(Epul dan Irfan),penduduk dan ahli Masjid Sabak Uni,Parit Raja(kerana membenarkan kami tidur di masjid dan mengejutkan kami untuk solat subuh)dan rakan2 di semua skatepark yang telah kami singgah.Jumpa lagi.
p/s:video pendek kami akan siap tidak lama lagi.