Rabu, 2 Mac 2016

CORETAN PEMBUKA TIRAI 2016

x


Assalamualaikum semua sahabat2....Kami harapkan semua berkeadaan sihat dan senyum2 selalu.
Setelah 2015 berlalu dengan penuh pahit dan tawa,2016 menyusul sebagai pembuka tirai yang baru.Permulaan yang baik bagi kami dengan menyusun/merancang beberapa aktiviti untuk sepanjang tahun.Walaubagaimanapun berkemungkinan tiga atau empat bulan awal ini TEAM kami memang akan  kurang aktif kerana masing2 sibuk dengan pelbagai kerja/tugasan dan komitmen yang tidak dapat dielakkan.
Lagi2 setelah kami bekerjasama dengan Team Hasil Kampung sebagai rakan niaga dalam bidang ternakan.WHAT THE >>>>!!!!
Memang, kalau dengar macam keluar dari tajuk,namun kemahiran lain yang kami ada lebih cenderung kepada bidang ini, kebetulannya mempunyai rakan2 yang ingin mencari rakan kongsi.Perkara yang lebih utama adalah kewangan.Tiga atau empat tahun yang lalu kami banyak menghabiskan masa dan wang ringgit kepada perkara tidak berbaloi bagi kami,namun setelah dibincangkan berkali2,inilah jawapan dan keputusan kami....
Tapi tidaklah bermakna blog ini menjadi blog ternakan ,yang menjadi penternak adalah duit kami sahaja sebagai modal bersama,dengan harapan akan menjadi sesuatu yang menguntungkan TEAM kami....Kami bukan company atau kelab besar yang boleh menjana pendapatan beribu ringgit setahun,cuma sekadar team kecil yang berimpian tinggi......
https://www.facebook.com/ternakankampung/
Dengan usaha dan tawakal kami impikan satu scene skateboarding di tempat kami menjadi  lebih baik dari sebelum ini.Justeru itu kami mencari jalan untuk mengembangkan scene kami dengan menidakkan wang ringgit sebagai punca masalah.Bukan wang segala2nya,tapi wang menjadi asas pergerakan.Mudah2an dipermudahkan jalannya ke arah kebaikan.......