19/12/2015
Pemberitahuan di Facebook
Assalamualaikum....semua kawan2 skateboarder,sukan ekstrem, di batu pahat dan kawan2 yg mengenali aku.
Bismillahirahmanirahim....
PEMBERITAHUAN:(Untuk penggiat sukan ekstrem Batu Pahat)
Bismillahirahmanirahim....
PEMBERITAHUAN:(Untuk penggiat sukan ekstrem Batu Pahat)
Mulai 19hb Dis 2015, kami ( Nizam Shah (pengasas), Mohamed Afiq(pengasas dan setiausaha kelab) dan Awie Yong Peng(pengasas dan Ahli jawatankuasa) tidak lagi menguruskan , tidak lagi memegang jawatan,tidak lagi bertanggungjawab , tidak lagi berkaitan dan tidak lagi mengetahui apa2 mengenai perjalanan secara rasmi atau tidak rasmi KelabBatu Pahat Extreme United ,logo asli/asal dan nama kelab ......
Setelah berbincang antara kami bertiga dan beberapa rakan lain kami melepaskan segala jawatan dan tanggungjawab berkaitan dengan kelab tersebut...
Maka berakhirlah tugas2 kami sehingga tarikh tersebut.Walaubagaimanapun kami masih aktif bergiat secara underground/small team disini.
p/s:
Kami juga bukan lagi admin page Batu Pahat Extreme United.Muat naik terakhir kami di page tersebut adalah kongsian post ini.
Nak tahu cerita2 pasal kami boleh tengok di pagehttps://www.facebook.com/theclownstreetwear13/
Setelah berbincang antara kami bertiga dan beberapa rakan lain kami melepaskan segala jawatan dan tanggungjawab berkaitan dengan kelab tersebut...
Maka berakhirlah tugas2 kami sehingga tarikh tersebut.Walaubagaimanapun kami masih aktif bergiat secara underground/small team disini.
p/s:
Kami juga bukan lagi admin page Batu Pahat Extreme United.Muat naik terakhir kami di page tersebut adalah kongsian post ini.
Nak tahu cerita2 pasal kami boleh tengok di pagehttps://www.facebook.com/theclownstreetwear13/
Dan akhirnya segala kekusutan kami leraikan.Berakhir satu episod ,juga bermula satu episod..............
11/11/2015
SAKIT TAPI TERSENYUM
Pada 23 hb jun 2006(berdasarkan catatan aku) skatepark Batu Pahat siap sepenuhnya walaupun keadaan lantai 70% hancur seawal 2 bulan ia siap.Tahun demi tahun skatepark Batu Pahat seperti gambar diatas pada tahun ini seteleh melalui beberapa pembaik pulih dan pengubahsuaian.Namun dari akhir tahun 2006 sehingga awal 2015 aku dan beberapa rakan yg silih berganti berusaha mencari dana,membuat obstacle (grind box),membuat pelbagai aktiviti dan menampal lubang pada lantai skatepark.Semua kerja ni bukan hanya setahun tetapi hampir sembilan tahun aku bekerja tanpa gaji.Untuk apa? Untuk scene Skatebording tempat aku. Tapi apa yg aku dapat sekarang hanya satu perang tradisi........
Bercerita tentang dana atau sumber kewangan untuk
1.aktiviti atau event
Dari tahun 2013 hingga awal 2015,alhamdullilah aku dan beberapa orang rakan telah berjaya mengadakan 5kali mini comp close dan 1kali comp open,2kali tour ke pantai timur,dan 7 kali ke kawasan berdekatan,serta beberapa majlis dan aktiviti lain seperti berbuka puasa ...Tour dan majlis berbuka puasa 90% bayaran peserta
2.obstacle tambahan(grind box)
Dari pembukaan skatepark sehingga kini lebih kurang 10 biji grind box telah aku buat dan baik pulih.Walaupun ada sumbangan dan kerjasama dari sebahagian rakan namun dari segi matematiknya hanya 40% dari rakan2.
3.lantai skatepark
Lantai skatepark yang berkualiti agak rendah memiliki kelemahan bila bermulanya musim hujan.Sana lubang,sini pun lubang.Itulah perkara yg selalu kami hadapi.Hampir sembilan tahun aku berusaha untuk menampal bersama sebahagian rakan menampal lubang2 yg sering muncul setiap kali musim hujan.
4.lain2
Antaranya perkara lain seperti alatan2(penyapu,penolak air,kunci stor dan modal permulaan baju untuk scene)ini 100% dari poket aku sendiri.
Aku berusaha hanya yang aku mampu dari segi kewangan,masa mahupun tenaga.
Bermula hari jumaat 23/6/2006 aku mula kembali skate setelah berehat hampir tujuh tahun juga ditakdir antara orang pertama dapat merasakan skatepark baru di Batu Pahat,dan alhamdullilah sehingga hari ini aku mampu lagi menyorong....Tetapi persoalannya
i. berapa kos yg aku telah keluarkan untuk 4perkara diatas?
ii.bagaimana aku mencari dana?
iii.untuk apa aku buat semua perkara diatas?
Mungkin setelah membaca catatan aku diatas membuat kamu berkata ini satu ungkitan mahupun ingin belas kasihan ataupun mencari perbalahan.Tapi sebelum kamu berkata begitu,silalah tolong aku dengan memberi jawapan kepada soalan ini.
APAKAH YANG KAMU RASA SETELAH BERSUSAH PAYAH ,MENGHABISKAN MASA DAN WANG RINGGIT,TETAPI KAMU DIPINGGIRKAN DALAM SCENE SENDIRI KEMUDIAN HARI TANPA SEBAB YANG MUNASABAH ?
Jika jawapan kamu seperti tidak berasa apa2 kamu layak mempertikaikan usaha dan kata2 aku.
Untuk apa aku bercerita semua ini,untuk generasi akan datang supaya rakan mereka yang berusaha seperti aku,malah seperti senior aku era 90an juga tidak jauh berbezanya dengan cerita ini,TIDAK RASA SAKIT.
Tapi aku selalu ingat kata2 orang tua," langit tak selalu cerah,manis tak semestinya gula"......jadi hati2 lah wahai si beluncas.
p/s:aku tak pernah guna sesen pun duit kerajaan sepanjang aku mengadakan apa2 aktiviti yang aku uruskan.
:walaupun hanya segelintir yg berperangai sedemikian tapi aku tetap tidak akan ambil tahu lagi pasal kelab skate di sini.Dan sekarang aku hanya membantu team skate aku sahaja....
Mungkin banyak lagi yang akan aku tuliskan ............
YANG MENULIS CATATAN DI RUANG INI,
Kecik(NIZAM SHAH)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan